KUALA LUMPUR: Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tiga keperluan asas yang boleh dimanfaatkan daripada penurunan kuasa itu ialah bekalan air, elektrik luar bandar dan jalan-jalan kampung.
Sambil memberi contoh, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan, setakat ini 30 peratus kawasan kampung di negeri itu masih belum menikmati bekalan air bersih .
"Ia termasuk jalan-jalan kampung yang apabila hujung tengkujuh tidak boleh dilalui. Dengan adanya peruntukan dan penurunan kuasa meluluskan ini, sudah tentu kita boleh merancang untuk kebaikan masyarakat negeri Sabah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
Mengambil contoh projek pembangunan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perdana Menteri menegaskan, ia tidak perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, Bung Moktar mengalu-alukan keputusan Anwar dan Jemaah Menteri itu serta menyifatkan ia amat dinanti-nantikan rakyat Sabah.
Katanya, dengan kelonggaran itu, kerajaan Sabah boleh merancang apa juga bentuk pembangunan yang difikirkan perlu untuk kepentingan rakyat negeri itu.
Dalam perkembangan berasingan, Bung Moktar akan bertemu dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk memperincikan projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
Astro Awani
Wed Jan 04 2023
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tiga keperluan asas yang boleh dimanfaatkan daripada penurunan kuasa itu ialah bekalan air, elektrik luar bandar dan jalan-jalan kampung.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
Kembara Kenali Borneo: Hajiji yakin pembangunan Sabah dipercepat
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin proses pembangunan infrastruktur di Sabah dapat dipercepatkan susulan lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Media main peranan penting dalam pembangunan Sabah - Hajiji
Katanya, media perlu terus melaporkan berbagai isu supaya tindakan boleh diambil terutama melibatkan kebajikan rakyat.
Konsep Malaysia Madani perlu diterjemah ikut ekosistem masyarakat Sabah
Konsep Malaysia Madani dalam konteks wilayah Sabah perlu diterjemahkan berdasarkan ekosistem masyarakat tempatan.
Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri, proses rundingan masih berjalan - Hajiji
Sabah masih dalam proses rundingan mengenai Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri dikutip Kerajaan Persekutuan.
DUN Sabah: ADUN pembangkang boleh bekerjasama dengan pegawai daerah
Kerajaan Sabah terbuka untuk wakil rakyat pembangkang berbincang dengan pegawai daerah masing-masing dalam usaha pembangunan kawasan mereka.
PBRS sokong penuh keputusan MKT UMNO calonkan Ismail Sabri sebagai PM
PBRS sokong penuh keputusan MKT UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi PRU15.
Setahun pentadbiran GRS, badai politik diharungi, fokus majukan Sabah
HARI ini genap setahun satu hari Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipilih mentadbir negeri Sabah.
Penubuhan Majlis Profesional Sabah mampu bantu kepada pembangunan negeri
Cadangan penubuhan Majlis Profesional Sabah (SPC) dilihat mampu mewujudkan penyelerasan antara profesional dan kerajaan negeri.
Pemimpin komponen GRS jangan terhasut, rapatkan saf
Rakan-rakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan tidak terhasut dengan cubaan pihak tertentu yang mengganggu-gugat keutuhan gabungan tersebut di Sabah.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.